ni pun salah satu filem yang aku tunggu..walaupun tanpa elizabeth pujaan ak..tp Jack Sparrow tetap best
Saturday, February 12, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Sunday, January 30, 2011
Akibat Tidak Berhati-Hati Semasa Bermain Waterski
Inilah akibat tidak mengikat tali seluar dengan kuat semasa bermain water ski..tak pasal2 nampak something..
Klaw excited sekali pun nak bermain..pakai ler seluar yang sure tak terlondeh..hehehehe.
Jatuh saham beb..kakakaka

Top 10 Rollercoaster Paling Gila2 Kat Muka Bumi Nie
Suka naik Roller Coaster?
Ada berani?
Klaw yang berani tuh kira tabik spring ler.
Aku ni kira jenis penakut naik tempat tinggi.
Tapi klaw ada orang cabar, aku wat2 ler berani..kakakaka
Jom kita kenal top 10 roller coaster paling 'hot' n 'crazy' kat dunia nie..
jeng jeng...
10) Nemesis
>ada kat Alton Tower, England.
>Theme Park nama Forbidden Valley.
>Kelajuan dia lebih kurang 80 km/h..
9) Titan
>Roller coaster nie ada kat Six Flags Over Taxes, Arlington Texas.
>Ada 3 kombinasi iaitu out and back roller coaster dengan twister roller coaster.
>Kelajuan 137 Km/h//laju sih.
8) Dragon Khan
>Ada kat Salou, Catalonia,Spain.
>Taman tema PortAventura.
>Kelajuan 108 Km/h
7) Goliath
>Ada kat Valencia, California.
>Taman Tema Colossus County Fair.
>Kelajuan 137 Km/h
6) Thunder Dolhpin
>Ada kat Tokyo Dome City Attractions
>Taman Tema LaQua
>Kelajuan 130 Km/h
(6)
5) Dodonpa
>Ada kat Fuji-Q Highland, Japan
>Kelajuan 172 Km/h
>Kelajuan roller coaster ni boleh mengatasi supercar.wow
4) Top Thrill Dragster
>Lokasi kat Cedar Park, Ohio
>Kelajuan 190 Km/h
3) Millennium Force
>Lokasi kat Sandusky, Ohio
>Taman tema Cedar Point
>Kelajuan 150 Km/h
2) Steel Dragon 2000
> Terletak di Nagashima Spa Land, Japan.
> Kelajuan 153 Km/h

(10)

(9)
8) Dragon Khan
>Ada kat Salou, Catalonia,Spain.
>Taman tema PortAventura.
>Kelajuan 108 Km/h
(8)
7) Goliath
>Ada kat Valencia, California.
>Taman Tema Colossus County Fair.
>Kelajuan 137 Km/h
(7)
6) Thunder Dolhpin
>Ada kat Tokyo Dome City Attractions
>Taman Tema LaQua
>Kelajuan 130 Km/h
(6)
5) Dodonpa
>Ada kat Fuji-Q Highland, Japan
>Kelajuan 172 Km/h
>Kelajuan roller coaster ni boleh mengatasi supercar.wow
(5)
4) Top Thrill Dragster
>Lokasi kat Cedar Park, Ohio
>Kelajuan 190 Km/h
(4)
3) Millennium Force
>Lokasi kat Sandusky, Ohio
>Taman tema Cedar Point
>Kelajuan 150 Km/h
(3)
2) Steel Dragon 2000
> Terletak di Nagashima Spa Land, Japan.
> Kelajuan 153 Km/h
(2)
1) Kingda Ka
> Terletak kat Six Flags Great Adventure, New Jersey.
> Taman tema The Golden Kingdom.
> Kelajuan 206 Km/h
(1)
Ada berani???
nak jantung anda terkeluar??
cubalah..hehehehehe
Friday, January 28, 2011
Misteri Piano
Semalam ada berita tentang sebuah piano yang terdampar tebing pulau pasir di Florida. Terkejut juga aku tengok berita tuh..Rasa macam tak percaya pula sebab piano yang berat tuh boleh terdampar kat situ..Sapa punya kerja ler..
Akhirnya misteri piano berkenaan telah dirungkaikan. Ni news yang aku baca dalam Daily Mail UK.
Piano besar yang penuh misteri 'hanyut' pada pasir Florida ialah kerja seorang budak belasan tahun yang digunakan untuk memperolok-olokan bagi menambah portfolio seni sekolahnya.
Nicholas Harrington, 16, bapanya dan dua orang sahabatnya secara strategik meletakkan piano yang seberat 650lb itu di tebing pasir menggunakan satu bot nelayan dan satu kren mini.
Bapa budak nie juga Production Designer cite 'Burn Notice'. Nama bapa dia J.Mark Harrington..cite nie dulu ada tayangan kat 8tv.
Ni ada beberapa pictures piano tersebut dan gambar budak tuh.

Thursday, January 27, 2011
Domino Day 2008 - The New World Record (High Quality)
Very Amazing Domino
Tergamam aku tgk domino nie
Tergamam aku tgk domino nie
Monyet ker???Bergayut Atas Pokok
Hari tuh ada member ofis..Dia baru parking kereta..lepas tuh dia tengok ada MONYET bergayut atas pokok..dia pun tangkap guna kamera dia..
Bukan setakat monyet jer suka dok atas pokok..kucing pun suka juga..

Kepada peminat-peminat Justin Bieber
Justin Bieber (JB) ni mmg popular skrg nie.
mmg girl2 smua minat kat dia ler.
dia ni anak didik Usher.
tp korang sure nak tahu.
Justin Bieber telah diundi sebagai The 50 Most Popular WOMEN on The Web (By Google)
Korang gi Google..
pastuh taip kat google
"The Most Popular Women On The Web (According To Google)"
pastuh korang gi ker No 7.
Kenapa orang undi JB?
sebab rambut
25 lesbian yang kelihatan macam Justin Bieber
Ni rupa Justin Bieber..boleh tahan ler
ni rupa lesbians yang iras2 Justin Bieber

Alam Masyar
inilah kehidupan kita selepas mati.hidup hanya sementara..tiada yang kekal abadi
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a. Pemimpin yang adil.
b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".
f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.

Silap beli rokok, empat beradik kena terajang
Mangsa dera dihalau bapa
PERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.
Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.
Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.
Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelum mereka didapati cedera akibat didera,” katanya.
Sementara itu kira-kira jam 7.30 malam tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan.
ni ler wajah anak2 yang kena dera dgn bapa diaorang tuh..
DHAT says: apa jenis manusia ler..dah ler anak bawah umur disuruh beli rokok..dah salah dah tuh..pastuh tak pasal2 kena terajang lak.. kena halau lak..apa pny bapa ler..
sumber: Berita Harian (27/01/2011)
Wednesday, January 26, 2011
Selepas Kahwin (18sx)
Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang barang dapur habis. Kamal betul – betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… . agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa… Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena… . Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa… |
Kemalangan Semasa Bersukan
Kecederaan sentiasa ada dimana2. Walaupun kita sentiasa berhati-hati. Namun, malang tidak berbau. Malah, dalam sukan pun boleh berlaku kecederaan walaupun ciri-ciri keselamatan ada. Berikut adalah paparan gambar kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.
Peringatan : Jika anda lemah semangat atau seumpamanya, jangan tengok gambar nie..hehehehe..takut mati ketakutan..janji mati dalam iman...
Ngeri kan?so..kepada ahli2 suka..klaw nak bersukan or dalam pertandingan, make sure ambil langkah berjaga2.hehehehe

Maut Selepas Mendengar Lagu
Melodi Gloomy Sunday yang menyedihkan menyebabkan ramai pendengar membunuh diri
PADA sekitar 1932, Reszo Seress yang berketurunan Hungary mengimpikan kemasyhuran dengan menjadi penggubah lagu di Paris tetapi impiannya gagal kerana semua lagu gubahannya tidak berjaya menarik minat penerbit muzik di negara itu. Kegagalan itu, bagaimanapun tidak menghalang Seress yang terus mengejar cita-citanya.
Keazamannya untuk menjadi seorang penggubah lagu terkenal dunia begitu kukuh untuk dipatahkan walaupun penerbit muzik menerima lagu gubahannya. Bagaimanapun, tekad Seress itu kerap mengundang masalah dalam perhubungannya dengan tunangnya yang mahukan Seress mendapatkan pekerjaan tetap.
Pada satu petang, segala-galanya berakhir selepas pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kejayaannya sebagai komposer dan perpisahan mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain.
Pada hari sama selepas pertengkaran itu - yang berlaku pada Ahad - Seress duduk di depan piano di kediamannya sambil merenung langit menerusi tingkap. Di luar, awan yang sarat akhirnya menumpahkan hujan lebat.
“Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri ketika memetik piano dan secara tiba-tiba, jarinya mula memainkan melodi melankolik aneh yang seolah-olah menterjemahkan kekecewaan yang dirasakan berikutan putusnya perhubungan dengan tunangannya.
“Ya, Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel dan menulis nota dalam satu poskad lama. Dia selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.
Seress menghantar karyanya itu kepada seorang penerbit muzik dan menanti persetujuan dengan penuh harapan. Beberapa hari kemudian, gubahan itu dikembalikan dengan nota penolakan yang berbunyi: “Melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan kami meminta maaf tidak dapat menerimanya.”
Lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress.
Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday diedarkan, berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan selepas itu dia kembali ke rumah dan menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang tidak dapat dilupakan.
Seminggu kemudian di bandar sama, seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.
Kejadian seram berkaitan Gloomy Sunday tidak berakhir di situ kerana dua hari kemudian, seorang setiausaha muda di New York juga membunuh diri. Pada nota yang ditemui, dia meminta lagi Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.
Beberapa minggu kemudian, seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan ‘lagu maut’ itu dengan piano. Sekitar masa sama, seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.
Akhbar segera melaporkan beberapa lagi kematian yang dikaitkan dengan lagu gubahan Seress itu. Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya yang membaca kisah kematian yang dikaitkan dengan irama itu.
Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada jawapan. Mereka akhirnya merempuh masuk ke rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress.
Dia menulis surat kepada bekas tunangnya, merayu mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian, dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu wanita itu membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya, salinan Gloomy Sunday ditemui.
Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler, lagu berkenaan dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui ‘sumpahannya’.
Link lagu Gloomy Sunday - Rezso Serres
http://www.youtube.com/watch?v=8Kkxbw3s2pM
Ref : Berita Harian

Tujuh Keajaiban Dunia (Purba)
Tahukah anda tujuh keajaiban dunia?
Tujuh keajaiban dunia merupakan tujuh senarai ciptaan binaan purba yang menakjubkan.
Mari kita lihat apakah tujuh keajaiban dunia yang telah wujud sebelum kita dilahirkan lagi.
Sungguh menakjubkan.
Piramid Agung Giza (Mesir)
Piramid masih wujud hingga sekarang dan dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu. Piramid ini siap dibina sekitar tahun 2580 M setelah menelan masa selama 20 tahun. Lama tuh...
Taman Tergantung Babylon (Babylonia)
Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq.
Kuil Artemis (Lydia, Parsi, Yunani Purba)
Merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini.
Berhala Zeus Di Olympia (Yunani Purba)
Diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba.
Makam Maussollos di Halicarnassus (Yunani Purba)
Merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat.
Patung Raksasa Rhodes (Yunani Hellenistik)
Merupakan sebuah patung besar yang melambangkan tuhan Yunani purba Helios yang terletak di Rhodes, iaitu sebuah pulau Yunani. Patung ini didirikan oleh Chares dari Lindos antara 292 dan 280 SM. Patung Raksasa Rhodes berdiri setinggi 30 meter dan diperbuat daripada gangsa. Namun, selepas 56 tahun dibina, patung ini musnah akibat gempa bumi pada 226 SM.
Rumah Api Iskandariah (Mesir Hellenistik)
Merupakan sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berhampiran dengan kota Iskandariah purba, Mesir purba. Ketinggiannya dianggar melebihi 115 meter dan merupakan antara struktur tertinggi ciptaan manusia selama beratus-ratus tahun.
Tuesday, January 25, 2011
Kismis Oh Kismis
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg
Khasiat Kismis:
Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan. * kalo xslap pemakanan kismis menambah jumlah Neuron
Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
Melawaskan pembuangan air besar.
Melindungi hati.
Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

Subscribe to:
Posts (Atom)