Tahukah anda tujuh keajaiban dunia?
Tujuh keajaiban dunia merupakan tujuh senarai ciptaan binaan purba yang menakjubkan.
Mari kita lihat apakah tujuh keajaiban dunia yang telah wujud sebelum kita dilahirkan lagi.
Sungguh menakjubkan.
Piramid Agung Giza (Mesir)
![]() |
Piramid masih wujud hingga sekarang dan dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu. Piramid ini siap dibina sekitar tahun 2580 M setelah menelan masa selama 20 tahun. Lama tuh...
Taman Tergantung Babylon (Babylonia)
Dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq.
Kuil Artemis (Lydia, Parsi, Yunani Purba)
Merupakan kuil tamadun Yunani Purba yang dibina untuk menyembah dewa Artemis. Kuil ini dibina pada 550 S.M. di Ephesus yang terletak di negara Turki hari ini.
Berhala Zeus Di Olympia (Yunani Purba)
Diukir oleh pengukir klasik terkenal iaitu Phidias (Kurun ke-5 Sebelum Masihi) kira-kira 435 SM, di Yunani. Dewa Zeus merupakan dewa bagi Yunani dan Mesir purba.
Makam Maussollos di Halicarnassus (Yunani Purba)
Merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabenor) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat.
No comments:
Post a Comment