Tuesday, January 25, 2011

Kismis Oh Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


Kandungan kismis (bagi setiap 100g):

Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg

Khasiat Kismis:


Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan. * kalo xslap pemakanan kismis menambah jumlah Neuron

Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
Melawaskan pembuangan air besar.
Melindungi hati.
Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

No comments:

Post a Comment